THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, October 16, 2009

SeMBeLiHaN MenGiKuT SyARa' = SeMBeLiHaN TerBaIK


Apa itu Sembelihan ?

Iaitu Menghilangkan nyawa binatang yang halal dengan cara
Memutuskan urat halkum dan urat merih dengan menggunakan alat yang tajam dengan
niat kerana Allah.


Apa hukum sembelihan?
Wajib dengan tujuan dimakan dagingnya

Rukun Sembelihan :
a. Penyembelih
Syarat :
a) Islam
b)Tidak dalam ihram haji atau umrah

b. Binatang yang disembelih
Syarat :
a) Halal dimakan
b) Mati dengan sekali sembelihan
c) Putus urat halkum dan urat merih
c. Alat sembelihan
Syarat :
a) Benda yang tajam selain dari gigi, tulang, kuku, rambut dan tali

Perkara Sunat semasa sembelihan
a) Menyebut nama Allah seperti melalui Bismillah
b) Menyembelih bahagian pangkal leher dengan memutuskan kedua-dua urat yang terletak di kiri dan kanan leher supaya binatang cepat mati
c) Menghadapkan binatang ke arah kiblat dengan membaringkannya ke sebelah rusuk kiri
d) Menggunakan alat sembelihan yang paling tajam
e) Melakukan sembelihan pada waktu siang


Perkara makhruh semasa sembelihan
a) Menggunakan alat yang tumpul
b) Menampakkan alat sembelihan kepada binatang
c) Mematahkan leher binatang sebelum nyawanya hilang
d) Tidak membaca bismillah
e) Tidak menghalakan binatang ke arah kiblat
f) Melakukan sembelihan di hadapan binatang lain yang akan disembelih


Rahsia Penyembelihan dan Hikmahnya
a.Boleh mematikan binatang dengan cara yang cepat dan selamat
b.Dapat mengeluarkan darah dan membersihkan daging darinya bagi menghindarkan penyakit
c.Memastikan daging bersih dan bermutu
d.Sebagai tanda penghormatan kepada makhluk-makhluk lain ciptaan Allah
e.Membezakan antara daging halal dan haram. Binatang yang disembelih tidak terseksa berbanding dengan cara lain


Dr Zakir Naik, seorang doktor dan pendakwah Islam antarabangsa menyenaraikan kepentingan serta kebaikan penyembelihan mengikut hukum syarak. Kaedah penyembelihan Islam adalah terbaik dan bersih. Ini kerana darah yang menjadi punca pembiakan kuman, bakteria dan toksin yang akan menyebabkan beberapa penyakit dikeluarkan sejurus selepas proses penyembelihan.
Selain itu, daging sembelihan kekal segar dalam satu tempoh yang lama. Kaedah penyembelihan Islam juga tidak menyebabkan kesakitan kepada haiwan itu. Ini kerana saluran darah serta saraf yang menghubungkan ke otak yang boleh menyebabkan rasa sakit terputus. Maka keadaan di mana haiwan bertindak balas secara tiba-tiba dalam keadaan agresif bukan kerana kesakitan, tetapi kesan tindak balas otot yang berlaku apabila darah mengalir keluar.
Profesor Schultz dan rakannya Dr Hazim dari Universiti Hanover, Jerman, membuktikan melalui eksperimen dengan menggunakan alatan saintifik seperti Electroencephalograph (EEG) dan Electrocardiogram (ECG) menunjukkan kaedah sembelihan Islam adalah terbaik.Tiga saat pertama selepas kaedah sembelihan cara Islam dilakukan, EEG tidak menunjukkan sebarang perubahan graf. Ini menunjukkan haiwan itu tidak mengalami sebarang kesakitan secara tiba-tiba selepas penyembelihan.Kemudian, selepas tiga saat yang seterusnya, EEG merekodkan keadaan yang dinamakan sebagai ‘deep sleep’ di mana, haiwan mengalami keadaan tidak sedarkan diri kesan daripada darah yang mengalir keluar dari tubuh haiwan itu.
Akhir sekali, EEG pada paras 0 menunjukkan tiada tanda-tanda kesakitan selepas enam saat eksperimen dilakukan.Kaedah ujian saintifik hari ini membuktikan kaedah penyembelihan Islam adalah terbaik. Seterusnya menunjukkan Islam amat mementingkan kebersihan serta kesihatan.

0 comments: