THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, October 5, 2009

IBADAT HAJI


PENGERTIAN HAJI

Dari segi istilah syarak: Mengunjungi Baitillahil Haram di Mekah kerana mengerjakan ibadat tertentu pada masa tertentu dengan syarat-syarat tertentu.


SYARAT-SYARAT HAJI


1. Islam: tidak wajid ke atas kafir dan murtad
2. Baligh: tidak wajib ke atas kanak-kanak
3. Berakal: tidak wajid ke atas orang gila
4. Berkuasa: tidak wajib ke atas orang tidak berkemampuan


  • Sihat tubuh badan

  • Cukup belanja pergi balik

  • Punya nafkah yang cukup untuk tanggungan yang ditinggalkan

  • Punya kenderaan pergi balik

  • Terjamin keselamatan

  • Ada kesempatan masa

  • Dapat izin suami (bagi isteri) dan ditemani 2 orang muhrim

5. Merdeka: tidak wajib ke atas hamba


RUKUN HAJI



Amalan yang mesti dilakukan dalam haji, (jika tertinggal) adalah tidak sah dan wajib ditunaikan sekali lagi pada masa hadapan.
1. Niat Ihram



  • Setelah memakai ihram

2. Wukuf di Padang Arafah



  • Berada di Padang Arafah walau hanya sekejap (antara gelincir matahari pada 9 Zulhijah hingga terbit fajar pada 10 Zulhijah)

3. Tawaf



  • Mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali dengan syarat-syarat tertentu untuk beribadat kepada Allah


  1. Tawaf Qudum: Tawaf selamat datang (sunat bagi yang baru sampai)

  2. Tawaf Ifadhah: Tawaf rukun yang wajib ditunaikan oleh jemaah haji

  3. Tawaf Wadak: Tawaf selamat tinggal. Sunat dilakukan jemaah haji yang hendak meninggalkan Mekah

  4. Tawaf Sunat: Tawaf yang boleh dilakukan pada bila-bila masa

Syarat Tawaf:
- Tutup aurat
- Suci dari hadas besar
- Dilakukan sebanyak 7kali (dimulakan di penjuru hajarul aswad)
- Menjadikan Baitillah di sebelah kiri
- Dilakukan di dalam Masjidil Haram


4. Sai



  • Berjalan berulang-alik dari bukit Safa ke Marwah sebanyak 7kali (dilakukan selepas Tawaf)

Syarat Sai:


- Dimulakan Safa disudahi Marwah


- Sebanyak 7kali


- Selepas tawaf rukun


- Perjalanan biasa bukan dengan menonggeng kepala atau melintang



  • - Niat Sai ketika di bukit Safa

5. Bercukur



  • Bercukur atau gunting rambut sekurang-kurang (3helai rambut)

6. Tertib



  • Melakukan semua rukun tersebut ikut susunan


WAJIB HAJI



Amalan yang wajib dilakukan jemaah haji. Jika tertinggal salah satu (sah haji tapi dikenakan dam atau denda).
1. Berniat di Mikat (sempadan tempat atau masa yang ditentukan untuk berniat ihram)



  • Mikat Zamani (sempadan masa untuk jemaah haji memulakan niat ihram, bermula pada bulan Syawal hingga sebelum terbit fajar kedua pada hari kesepuluh bulan Zulhijjah)

  • Mikat Makani (sempadan tempat bagi jemaah haji memulakan niat)

2. Bermalam di Muzdalifah (antara Arafah dengan Mina, dan berada di Muzdalifah selepas separuh malam ke sepuluh Zulhijjah)

3. Melontar Jamratul Aqabah



  • Waktu melontar (selepas tengah malam pada 10 Zulhijjah dan berlarutan hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah)

4. Bermalam di Mina (pada hari Tasyrik iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah)


5. Melontar ketiga-tiga Jamrah (Jamrah Ula, Jamrah Wusta dan Jamrah Aqabah dengan menggunakan 7biji anak batu setiap jamrah)


6. Meninggalkan perkara-perkara yang dilarang semasa ihram

SUNAT HAJI



1. Mandi sunat ketika hendak berniat ihram
2. Sembahyang dua rakaat sebelum berniat ihram
3. Pakai pakaian ihram berwarna putih
4. Potong kuku
5. Perbanyak bacaan talbiah
6. Bermalam di Mina pada malam hari
7. Berturut-turut 7 pusingan Tawaf
8. Memperbanyak bacaan tahmid, zikir dan doa
9. Keluar ke tempat Sai melalui pintu Safa


PERKARA YANG DILARANG KETIKA IHRAM



1. Pakai pakaian berjahit bagi lelaki
2. Pakai wangian
3. Potong kuku
4. Potong rambut atau menghilangkan bulu pada anggota badan
5. Tutup kepala bagi lelaki
6. Tutup muka dan dua tapak tangan bagi perempuan
7. Pakai minyak rambut
8. Bernikah atau menikahkan



CARA MENGERJAKAN HAJI


Haji Ifrad



Iaitu mengerjakan haji dan umrah secara berasingan sama ada haji dahulu atau umrah dahulu, atau haji dahulu kemudian umrah
Kebaikan:
· Lebih afdal
· Tidak dikenakan dam
· Ambil masa yang panjang untuk mengerjakan haji


Haji Tamattuk



Iaitu mengerjakan umrah dahulu pada bulan haji diikuti dengan mengerjakan haji
Kebaikan:
· Boleh meninggalkan ihram umrah
· Dikenakan dam
· Jemaah haji ada kelapangan dan keselesaan


Haji Qiran



Iaitu mengerjakan haji dan umrah secara serentak
Kebaikan:
· Mengambil masa yang singkat
· Dikenakan dam
· Kesenangan dan kemudahan kepada jemaah haji


DAM



Denda yang dikenakan kepada jemaah haji yang melakukan perkara-perkara yang berikut:
1. Melakukan kesalahan ketika mengerjakan haji atau umrah
2. Meninggalkan perkara wajib haji atau umrah
3. Melakukan perkara yang dilarang semasa ihram


UPAH HAJI



Maksud: Melakukan ibadat haji bagi pihak orang lain.



Syarat:



  • Wajib seseorang itu telah memenuhi syarat-syarat wajib haji tetapi tidak dapat mengerjakan haji kerana sebab-sebab tertentu. Sebab-sebab yang diharuskan upah haji adalah pertama, meninggal dunia dan kedua, tidak mempunyai keupayaan fizikalseperti uzur, terlalu tua dan sakit yang tiada harapan untuk sembuh

0 comments: