THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, October 16, 2009

taYamUm 2



-Menepuk dua tangan ke debu pada kali
kedua untuk menyapu tangan .(Sebelum
menepuk kedua tapak tangan kali kedua,
hendaklah dibersihkan kedua tapak tangan
terlebih dahulu.



-Menyapu tangan kanan dari belakang tapak
tangan kanan dengan empat perut jari
tangan kiri dari hujung jari (selain ibu jari)
hingga naik ke siku.



-Menyapu tangan kanan dari siku hingga ke
hujung ibu jari.



-Menyapu tangan kiri dari belakang tapak tangan
dengan empat perut jari tangan kanan (selain
ibu jari) dari hujung jari hingga ke siku.



-Menyapu tangan kiri dari
siku hingga ke hujung ibu jari.






@@tayamum bukan shj dpt dilakukan ketika takde air je..tp time sakit pun boley jg..cth:
-Bagi pesakit yang sebahagian mukanya tidak boleh kena
air.
-Bagi pesakit yang keseluruhan mukanya tidak boleh kena
air dan debu.
-Bagi pesakit yang tangannya tidak boleh kena air.
-Bagi pesakit yang kakinya berbalut atau tidak boleh kena
air
-Bagi pesakit yang kepalanya berbalut.

taZkiRaH di HaRi miNgGu

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : " Ya Aisyah jangan engkau
tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1.Sebelum khatam Al Qur'an.
2.Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3.Sebelum para muslim meridhloi kamu.
4.Sebelum kau laksanakan haji dan umrah...

" Bertanya Aisyah :
" Ya Rasulullah .............Bagaimana aku dapat melaksanakan 4
perkara seketika.?"

Rasul tersenyum dan bersabda :
"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau
mengkhatamkan Al Qur'an."

"Membacalah Sholawat untuk Ku dan para nabi sebelum aku, maka kami
semua akan memberi syafaat dihari kiamat "

"Beristighfarlah untuk para muslimin maka meraka akan meredhai
kamu."

"Dan perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah."

bErTaYamuM


@@kAlaU tAkdE Air,,mcm ManE nAk maNdi..nk baSuH bj..& bnYk lg KeguNaaN aIr ni kN..Urrrmmm,,KalaU Nk WudHu mCm MaNe??KalI ni,,kAmi nK koNgsi mCm maNe Nk bErwuDhu' timE tAkDe air..iAitu,,BertAyaMum...



-Menepuk dua tapak tangan pada debu kali
pertama untuk menyapu muka.




-Berniat : Sahaja aku bertayammum kerana
mengharuskan fardu sembahyang kerana
Allah Ta’ala .
Masa niat : Ketika mula memindahkan debu dan
sehingga menyentuh sebahagian muka.





-Menyapu muka.

sEjaRaH soLaT 5 WakTu


SUBUH

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.

ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

ZOHOR

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.

ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.

iii) Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.

iv) Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
i) Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
ii) Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
iii) Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
iv) Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.


***MaGhrIb & iSyAk,,KaMi AkAn SAmBuNg nAnti..TunGGuuuu..........,,=)



SeMBeLiHaN MenGiKuT SyARa' = SeMBeLiHaN TerBaIK


Apa itu Sembelihan ?

Iaitu Menghilangkan nyawa binatang yang halal dengan cara
Memutuskan urat halkum dan urat merih dengan menggunakan alat yang tajam dengan
niat kerana Allah.


Apa hukum sembelihan?
Wajib dengan tujuan dimakan dagingnya

Rukun Sembelihan :
a. Penyembelih
Syarat :
a) Islam
b)Tidak dalam ihram haji atau umrah

b. Binatang yang disembelih
Syarat :
a) Halal dimakan
b) Mati dengan sekali sembelihan
c) Putus urat halkum dan urat merih
c. Alat sembelihan
Syarat :
a) Benda yang tajam selain dari gigi, tulang, kuku, rambut dan tali

Perkara Sunat semasa sembelihan
a) Menyebut nama Allah seperti melalui Bismillah
b) Menyembelih bahagian pangkal leher dengan memutuskan kedua-dua urat yang terletak di kiri dan kanan leher supaya binatang cepat mati
c) Menghadapkan binatang ke arah kiblat dengan membaringkannya ke sebelah rusuk kiri
d) Menggunakan alat sembelihan yang paling tajam
e) Melakukan sembelihan pada waktu siang


Perkara makhruh semasa sembelihan
a) Menggunakan alat yang tumpul
b) Menampakkan alat sembelihan kepada binatang
c) Mematahkan leher binatang sebelum nyawanya hilang
d) Tidak membaca bismillah
e) Tidak menghalakan binatang ke arah kiblat
f) Melakukan sembelihan di hadapan binatang lain yang akan disembelih


Rahsia Penyembelihan dan Hikmahnya
a.Boleh mematikan binatang dengan cara yang cepat dan selamat
b.Dapat mengeluarkan darah dan membersihkan daging darinya bagi menghindarkan penyakit
c.Memastikan daging bersih dan bermutu
d.Sebagai tanda penghormatan kepada makhluk-makhluk lain ciptaan Allah
e.Membezakan antara daging halal dan haram. Binatang yang disembelih tidak terseksa berbanding dengan cara lain


Dr Zakir Naik, seorang doktor dan pendakwah Islam antarabangsa menyenaraikan kepentingan serta kebaikan penyembelihan mengikut hukum syarak. Kaedah penyembelihan Islam adalah terbaik dan bersih. Ini kerana darah yang menjadi punca pembiakan kuman, bakteria dan toksin yang akan menyebabkan beberapa penyakit dikeluarkan sejurus selepas proses penyembelihan.
Selain itu, daging sembelihan kekal segar dalam satu tempoh yang lama. Kaedah penyembelihan Islam juga tidak menyebabkan kesakitan kepada haiwan itu. Ini kerana saluran darah serta saraf yang menghubungkan ke otak yang boleh menyebabkan rasa sakit terputus. Maka keadaan di mana haiwan bertindak balas secara tiba-tiba dalam keadaan agresif bukan kerana kesakitan, tetapi kesan tindak balas otot yang berlaku apabila darah mengalir keluar.
Profesor Schultz dan rakannya Dr Hazim dari Universiti Hanover, Jerman, membuktikan melalui eksperimen dengan menggunakan alatan saintifik seperti Electroencephalograph (EEG) dan Electrocardiogram (ECG) menunjukkan kaedah sembelihan Islam adalah terbaik.Tiga saat pertama selepas kaedah sembelihan cara Islam dilakukan, EEG tidak menunjukkan sebarang perubahan graf. Ini menunjukkan haiwan itu tidak mengalami sebarang kesakitan secara tiba-tiba selepas penyembelihan.Kemudian, selepas tiga saat yang seterusnya, EEG merekodkan keadaan yang dinamakan sebagai ‘deep sleep’ di mana, haiwan mengalami keadaan tidak sedarkan diri kesan daripada darah yang mengalir keluar dari tubuh haiwan itu.
Akhir sekali, EEG pada paras 0 menunjukkan tiada tanda-tanda kesakitan selepas enam saat eksperimen dilakukan.Kaedah ujian saintifik hari ini membuktikan kaedah penyembelihan Islam adalah terbaik. Seterusnya menunjukkan Islam amat mementingkan kebersihan serta kesihatan.

Monday, October 12, 2009

soLaT keTikA SakiT

-Kalau anda sakit,,mcm mane anda semua solat??xsolat??...urmm..xtau lah nk solat mcm mane...haa,,,meh kami bagitau sikit info cara-cara nk solat time sakit..
moga ianya berguna untuk anda semua..i-alah..=)





1.SOLAT
SECARA DUDUK




-duduk seperti duduk antara 2 sujud atau keadaan yg termampu


-Rukuk,kepala ditundukkan iaitu dahi setentang dgn hdpn lutut@tempat sujud
-sujud dilakukan seperti biasa





2.SOLAT SECARA MENGIRING
-Berbaring di atas rusuk sebelah kanan
-Muka dan dada hendaklah mengadap kiblat


-Rukuk, kepala ditundukkan sedikit
-Bagi sujud, kepala ditundukkan lebih sedikit berbanding rukuk tadi


3. SOLAT SECARA MELENTANG-Berada dlm keadaan berbaring sambil menelentang
-Kaki mengadap kiblat
-Kedudukan kepala ditinggikan sedikit agar muka dapat mengadap kiblat
-Rukuk dan sujud dilakukan melalui isyarat kepala


##Anda tau tak, solat juga boleh dilakukan secara isyarat kelopak mata..ni kalau ketiga-tiga cara sblm ni tak mampu dilakukan..caranyer???mcm ni,,,
-anda berbaring mengikut kemampuan anda(berbaring@mengiring)
-rukuk dilakukan dgn menggerakkan kelopak mata
-sujud pulak di isyaratkan dgn memejamkan mata

@@kalau semua cara di atas anda semua tak mampu jg nk buat,,anda boleh solat secara ingt dlm hati...ianya dilakukan dgn membayangkan di dlm hati pergerakan mengikut tertib rukun solat...senang kn??=)


Monday, October 5, 2009

IBADAT HAJI


PENGERTIAN HAJI

Dari segi istilah syarak: Mengunjungi Baitillahil Haram di Mekah kerana mengerjakan ibadat tertentu pada masa tertentu dengan syarat-syarat tertentu.


SYARAT-SYARAT HAJI


1. Islam: tidak wajid ke atas kafir dan murtad
2. Baligh: tidak wajib ke atas kanak-kanak
3. Berakal: tidak wajid ke atas orang gila
4. Berkuasa: tidak wajib ke atas orang tidak berkemampuan


  • Sihat tubuh badan

  • Cukup belanja pergi balik

  • Punya nafkah yang cukup untuk tanggungan yang ditinggalkan

  • Punya kenderaan pergi balik

  • Terjamin keselamatan

  • Ada kesempatan masa

  • Dapat izin suami (bagi isteri) dan ditemani 2 orang muhrim

5. Merdeka: tidak wajib ke atas hamba


RUKUN HAJI



Amalan yang mesti dilakukan dalam haji, (jika tertinggal) adalah tidak sah dan wajib ditunaikan sekali lagi pada masa hadapan.
1. Niat Ihram



  • Setelah memakai ihram

2. Wukuf di Padang Arafah



  • Berada di Padang Arafah walau hanya sekejap (antara gelincir matahari pada 9 Zulhijah hingga terbit fajar pada 10 Zulhijah)

3. Tawaf



  • Mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali dengan syarat-syarat tertentu untuk beribadat kepada Allah


  1. Tawaf Qudum: Tawaf selamat datang (sunat bagi yang baru sampai)

  2. Tawaf Ifadhah: Tawaf rukun yang wajib ditunaikan oleh jemaah haji

  3. Tawaf Wadak: Tawaf selamat tinggal. Sunat dilakukan jemaah haji yang hendak meninggalkan Mekah

  4. Tawaf Sunat: Tawaf yang boleh dilakukan pada bila-bila masa

Syarat Tawaf:
- Tutup aurat
- Suci dari hadas besar
- Dilakukan sebanyak 7kali (dimulakan di penjuru hajarul aswad)
- Menjadikan Baitillah di sebelah kiri
- Dilakukan di dalam Masjidil Haram


4. Sai



  • Berjalan berulang-alik dari bukit Safa ke Marwah sebanyak 7kali (dilakukan selepas Tawaf)

Syarat Sai:


- Dimulakan Safa disudahi Marwah


- Sebanyak 7kali


- Selepas tawaf rukun


- Perjalanan biasa bukan dengan menonggeng kepala atau melintang



  • - Niat Sai ketika di bukit Safa

5. Bercukur



  • Bercukur atau gunting rambut sekurang-kurang (3helai rambut)

6. Tertib



  • Melakukan semua rukun tersebut ikut susunan


WAJIB HAJI



Amalan yang wajib dilakukan jemaah haji. Jika tertinggal salah satu (sah haji tapi dikenakan dam atau denda).
1. Berniat di Mikat (sempadan tempat atau masa yang ditentukan untuk berniat ihram)



  • Mikat Zamani (sempadan masa untuk jemaah haji memulakan niat ihram, bermula pada bulan Syawal hingga sebelum terbit fajar kedua pada hari kesepuluh bulan Zulhijjah)

  • Mikat Makani (sempadan tempat bagi jemaah haji memulakan niat)

2. Bermalam di Muzdalifah (antara Arafah dengan Mina, dan berada di Muzdalifah selepas separuh malam ke sepuluh Zulhijjah)

3. Melontar Jamratul Aqabah



  • Waktu melontar (selepas tengah malam pada 10 Zulhijjah dan berlarutan hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah)

4. Bermalam di Mina (pada hari Tasyrik iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah)


5. Melontar ketiga-tiga Jamrah (Jamrah Ula, Jamrah Wusta dan Jamrah Aqabah dengan menggunakan 7biji anak batu setiap jamrah)


6. Meninggalkan perkara-perkara yang dilarang semasa ihram

SUNAT HAJI



1. Mandi sunat ketika hendak berniat ihram
2. Sembahyang dua rakaat sebelum berniat ihram
3. Pakai pakaian ihram berwarna putih
4. Potong kuku
5. Perbanyak bacaan talbiah
6. Bermalam di Mina pada malam hari
7. Berturut-turut 7 pusingan Tawaf
8. Memperbanyak bacaan tahmid, zikir dan doa
9. Keluar ke tempat Sai melalui pintu Safa


PERKARA YANG DILARANG KETIKA IHRAM



1. Pakai pakaian berjahit bagi lelaki
2. Pakai wangian
3. Potong kuku
4. Potong rambut atau menghilangkan bulu pada anggota badan
5. Tutup kepala bagi lelaki
6. Tutup muka dan dua tapak tangan bagi perempuan
7. Pakai minyak rambut
8. Bernikah atau menikahkan



CARA MENGERJAKAN HAJI


Haji Ifrad



Iaitu mengerjakan haji dan umrah secara berasingan sama ada haji dahulu atau umrah dahulu, atau haji dahulu kemudian umrah
Kebaikan:
· Lebih afdal
· Tidak dikenakan dam
· Ambil masa yang panjang untuk mengerjakan haji


Haji Tamattuk



Iaitu mengerjakan umrah dahulu pada bulan haji diikuti dengan mengerjakan haji
Kebaikan:
· Boleh meninggalkan ihram umrah
· Dikenakan dam
· Jemaah haji ada kelapangan dan keselesaan


Haji Qiran



Iaitu mengerjakan haji dan umrah secara serentak
Kebaikan:
· Mengambil masa yang singkat
· Dikenakan dam
· Kesenangan dan kemudahan kepada jemaah haji


DAM



Denda yang dikenakan kepada jemaah haji yang melakukan perkara-perkara yang berikut:
1. Melakukan kesalahan ketika mengerjakan haji atau umrah
2. Meninggalkan perkara wajib haji atau umrah
3. Melakukan perkara yang dilarang semasa ihram


UPAH HAJI



Maksud: Melakukan ibadat haji bagi pihak orang lain.



Syarat:



  • Wajib seseorang itu telah memenuhi syarat-syarat wajib haji tetapi tidak dapat mengerjakan haji kerana sebab-sebab tertentu. Sebab-sebab yang diharuskan upah haji adalah pertama, meninggal dunia dan kedua, tidak mempunyai keupayaan fizikalseperti uzur, terlalu tua dan sakit yang tiada harapan untuk sembuh