THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, September 24, 2009

PENGURUSAN JENAZAH


Apabila melalui atau memasuki Tanah Perkuburan Islam:

"السلام عليكم أهل الديار من المؤمنين والمسلمين ويرحم الله المستقدمين منكم والمستأخرين وﺇنا ﺇن شاء الله بكم لاحقون"

PENGURUSAN JENAZAH

  1. memandikan

  2. mengkafankan

  3. menyembahyangkan

  4. mengkebumikan


CARA MEMANDIKAN JENAZAH

  • Mayat diletakkan di tempat yang tinggi daripada lantai bilik mandi itu.

  • Tanggalkan pakaian mayat dan gantikan dengan kain nipis (mudah air mengalir), untuk menutup auratnya.

  • Sebaik-baik orang yang memandikan mayat adalah keluarga terdekat (tidak berkenaan tidak boleh menyaksikan waktu mandi).

  • Sunat 3 kali berturut-turut (1 kali air bidara, 1 kali air biasa bagi hilangkan bau air bidara, 1 kali bilasan terakhir).

  • Gosok seluruh anggota mayat kecuali kemaluan (haram disentuh tanpa berlapik).

  • Cuci gigi, hidung dan telinga dengan kain yang digulung (cotton buds).

  • Mengangkat wuduk untuk si mati.

  • Sikat rambut si mati dengan sikat yang jarang.

  • Haram meniarapkan si mati ketika mandi kerana itu menyakitkan (si mati)

CARA MENGKAFAN


  • Sunat mayat lelaki 3 lapis kain kafan (tanpa baju & serban)

  • Sunat mayat perempuan 5 lapis (tidak dikira baju kurung & kain telekung yang menutup kepalanya)

  • Kain kapan putih & (afdal) dibasuh dahulu

  • Diletak wangian (sunat), cendana & kapur barus

  • Lekap kapas di tempat sujud (memuliakan)

CARA SEMBAHYANG JENAZAH (7 RUKUN)


  • Niat berserta takbiratulihram

  • Berdiri tegak (yang mampu berdiri)

  • Takbir pertama (baca al-Fatihah dengan sempurna)

  • Selawat keatas Nabi (selepas takbir ke2)

  • Berdoa kepada si mati (selepas takbir ke3)

  • Memberi salam (selepas takbir ke4)


  • Pastikan cukup 4 takbir (termasuk takbiratulihram)

Niat sembahyang jenazah

"أصلي على هذا الميت /الميتة أربع تكبيرات فرض كفاية ﺇماما /مأموما لله تعالى"

- Bagi jenazah lelaki (هذا الميت )

- Bagi jenazah perempuan (هذا الميتة )

- Bagi imam lafaz niat (اماما )

- Bagi makmum lafaz niat (مأموما )


Doa kepada si mati

"اللهم اعفر له /اللهم اعفر لها ٬ وارحمه /وارحمها٬ وعافه /وعافها٬ واعف عنه /واعف عنها"


- Bagi jenazah lelaki adalah lafaz niat (له ) atau (ه )
- Bagi jenazah perempuan adalah lafaz niat (لها ) atau (ها )


Selawat ke atas Nabi SAW

"اللهم صل على سيدنا محمد"


PERKARA PENTING


1. Jika TIADA air atau mayat sudah REPUT => WAJIB ditayammumkannya
2. Bercakap-cakap di sisi jenazah yang diusung => MAKRUH
3. JANGAN sembahyang membelakangkan jenazah
4. MANDI dan SEMBAHYANGKAN orang mati syahid (PERANG) => HARAM
5. Jika terdapat sebahagian sahaja anggota badan si mati yang kita ketahui
tentang kematiannya => WAJIB sembahyangkan (NIAT sembahyang ke atas keseluruhan tubuh)
6. Jika bercampur mayat orang Islam dengan orang Kafir (sembahyang keatas
semua sekaligus atau sembahyang seorang demi seorang) => NIAT sembahyang keatas orang Islam SAHAJA
7. Mati syahid kecil (mati terkejut , taun, melahirkan anak, lemas, terbunuh, kena
petir) => mandi seperti mandikan jenazah orang mati biasa

0 comments: