"السلام عليكم أهل الديار من المؤمنين والمسلمين ويرحم الله المستقدمين منكم والمستأخرين وﺇنا ﺇن شاء الله بكم لاحقون"
- memandikan
- mengkafankan
- menyembahyangkan
- mengkebumikan
CARA MEMANDIKAN JENAZAH
- Mayat diletakkan di tempat yang tinggi daripada lantai bilik mandi itu.
- Tanggalkan pakaian mayat dan gantikan dengan kain nipis (mudah air mengalir), untuk menutup auratnya.
- Sebaik-baik orang yang memandikan mayat adalah keluarga terdekat (tidak berkenaan tidak boleh menyaksikan waktu mandi).
- Sunat 3 kali berturut-turut (1 kali air bidara, 1 kali air biasa bagi hilangkan bau air bidara, 1 kali bilasan terakhir).
- Gosok seluruh anggota mayat kecuali kemaluan (haram disentuh tanpa berlapik).
- Cuci gigi, hidung dan telinga dengan kain yang digulung (cotton buds).
- Mengangkat wuduk untuk si mati.
- Sikat rambut si mati dengan sikat yang jarang.
- Haram meniarapkan si mati ketika mandi kerana itu menyakitkan (si mati)
CARA MENGKAFAN
- Sunat mayat lelaki 3 lapis kain kafan (tanpa baju & serban)
- Sunat mayat perempuan 5 lapis (tidak dikira baju kurung & kain telekung yang menutup kepalanya)
- Kain kapan putih & (afdal) dibasuh dahulu
- Diletak wangian (sunat), cendana & kapur barus
- Lekap kapas di tempat sujud (memuliakan)
CARA SEMBAHYANG JENAZAH (7 RUKUN)
- Niat berserta takbiratulihram
- Berdiri tegak (yang mampu berdiri)
- Takbir pertama (baca al-Fatihah dengan sempurna)
- Selawat keatas Nabi (selepas takbir ke2)
- Berdoa kepada si mati (selepas takbir ke3)
- Memberi salam (selepas takbir ke4)
- Pastikan cukup 4 takbir (termasuk takbiratulihram)
Niat sembahyang jenazah
"أصلي على هذا الميت /الميتة أربع تكبيرات فرض كفاية ﺇماما /مأموما لله تعالى"
- Bagi jenazah lelaki (هذا الميت )
- Bagi jenazah perempuan (هذا الميتة )
- Bagi imam lafaz niat (اماما )
- Bagi makmum lafaz niat (مأموما )
Doa kepada si mati
"اللهم اعفر له /اللهم اعفر لها ٬ وارحمه /وارحمها٬ وعافه /وعافها٬ واعف عنه /واعف عنها"
- Bagi jenazah lelaki adalah lafaz niat (له ) atau (ه )
- Bagi jenazah perempuan adalah lafaz niat (لها ) atau (ها )
Selawat ke atas Nabi SAW
"اللهم صل على سيدنا محمد"
PERKARA PENTING
1. Jika TIADA air atau mayat sudah REPUT => WAJIB ditayammumkannya
2. Bercakap-cakap di sisi jenazah yang diusung => MAKRUH
3. JANGAN sembahyang membelakangkan jenazah
4. MANDI dan SEMBAHYANGKAN orang mati syahid (PERANG) => HARAM
5. Jika terdapat sebahagian sahaja anggota badan si mati yang kita ketahui tentang kematiannya => WAJIB sembahyangkan (NIAT sembahyang ke atas keseluruhan tubuh)
6. Jika bercampur mayat orang Islam dengan orang Kafir (sembahyang keatas semua sekaligus atau sembahyang seorang demi seorang) => NIAT sembahyang keatas orang Islam SAHAJA
7. Mati syahid kecil (mati terkejut , taun, melahirkan anak, lemas, terbunuh, kena petir) => mandi seperti mandikan jenazah orang mati biasa